DuniaSemasaSyria

Ratusan kanak-kanak ditempatkan di penjara dewasa Syria – ICRC

Ada antara mereka berusia 12 tahun

GENEVA: Ratusan kanak-kanak ditempatkan di penjara orang dewasa di timur laut Syira, demikian laporan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Menurut organisasi kemanusiaan itu, kanak-kanak itu yang kebanyakkannya adalah lelaki telah dipindahkan ke penjara dari Al-Hol, sebuah kem pelarian menempatkan 60,000 orang yang dikendalikan tentera tentera Kurdish Syria.

Kebanyakkannya terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak yang melarikan diri selepas wilayah terakhir kumpulan Islamic State tumbang dua tahun lalu.

“‘Ratusan kanak-kanak, kebanyakkannya lelaki dengan ada antara mereka berusia 12 tahun ditahan di penjara orang dewasa. Mereka tidak sepatunya berada di situ,” – Fabrizio Carboni/ Pengarah Wilayah ICRC Timur Tengah

Pada tahun lalu, ICRC, satu-satunya agensi yang mendapat kebenaran, telah melawat 36 kawasan tahanan di Syria.

Organisasi itu mengendalikan hospital mudah alih dan menyediakan makanan serta minuman di kawasan-kawasan berkenaan.

Carboni berkata, keperluan perubatan sangat tinggi, apabila ramai kanak-kanak meninggal dunia pada tahun lalu termasuk disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Merujuk laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lapan kanak-kanak meninggal dunia pada Ogos tahun lalu bawah usia lima tahun meninggal dunia akibat komplikasi kekurangan zat.

Kematian yang laindisebabkan  dehidrasi, diarea, kegagalan jantung, pendarahan dalaman dan hipoglikemia.

– REUTERS

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom / AJ

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button