Covid19Semasa

“Saya nak AstraZeneca, saya nak Pfizer”

Tidak, tak boleh pilih jenama vaksin: KJ

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan mereka tidak boleh memilih pengeluar atau jenama vaksin tertentu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin tiada jaminan untuk seseorang menerima vaksin vaksin pengeluar tertentu ketika hadir mendapatkan suntikan.

“Program pemberian vaksin dalam proses penjadualan semula dan anda tidak boleh memilih vaksin tertentu. Tiada jaminan untuk anda dapat Pfizer atau AstraZeneca atau Sinovac.

“Nasihat saya, ambil sahaja vaksin yang diberikan. Jika Sinovac, ambil kerana ia vaksin yang memberi perlindungan tinggi. Vaksin yang bagus,” – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin

AstraZeneca yang sebelum ini diberi secara pilihan sukarela kepada rakyat Malaysia, juga dimasukkan kembali dalam senarai program vaksinasi negara.

Related Articles

Back to top button