EkonomiSemasaTravelog

Taman Kinabalu bakal diiktiraf tapak UNESCO Global Geopark

Berharap PKPP bukan penghalang UNESCO menilai tapak

KENINGAU : Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengesahkan penerimaan dokumen pewartaan Taman Kinabalu sebagai Kinabalu Global Geopark oleh pihak Taman-Taman Sabah (TTS).

Merujuk pada kenyataan Dr. Maklarin Lakim, Pengarah TTS, dokumen cadangan pewartaan itu dihantar selepas pengesahan status Taman Kinabalu sebagai Geopark kebangsaan. Justeru, kriteria Taman Kinabalu ini menepati piawaian untuk dinilai oleh UNESCO.

Tambah beliau, UNESCO telah mengesahkan penenerimaan dokumen itu dan kini TTS dalam proses menyiapkan jadual bagi memenuhi kriteria untuk melengkapkan proses penilaian itu.

“Kita berharap selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), apabila ada kebenaran untuk pihak dari luar datang ke Sabah, penilai daripada UNESCO dapat datang dan membuat penilaian (tapak geopark),” – Dr. Maklarin  Lakim

Dalam temu bual bersama pemberita  selepas Majlis Ulang Tahun Pewartaan Taman Banjaran Crocker (TBC) ke-37, Maklarin berkata bagi memenuhi aspek-aspek penilaian itu, TTS mengadakan pelbagai aktiviti sebagai persediaan seperti yang digariskan oleh UNESCO antaranya menyediakan papan tanda di kawasan yang telah diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan.

Sementara itu, tidak ketinggalan galeri pameran dan kempen komuniti dianjurkan bersama penduduk Geopark Kebangsaan bagi menginjakkan lagi kemeriahan kawasan sekitar.

Pengurus Taman, Taman Banjaran Crocker (TBC) Justinus Guntabid berkata menjaga kawasan TBC yang seluas 139,919 hektar amat mencabar lebih-lebih lagi kerana kurangnya jumlah anggota.

“Di sini ada 74 anggota termasuk 10 renjer yang menjaga kawasan yang seluas dua kali ganda Singapura, oleh itu kerjasama daripada semua komuniti sangat diharapkan,” – Justinus Guntabid

Terdapat lapan daerah iaitu Keningau, Tambunan, Ranau, Tuaran, Penampang, Papar, Beaufort dan Tenom yang meliputi TBC.

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button