BAITULMAQDIS: Lebih 120,000 rakyat Palestin menyertai sebahagian besar dunia Islam dalam menyambut Syawal pada hari Jumaat untuk menandakan berakhirnya bulan Ramadan dengan berjemaah berkumpul untuk bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Worshipers perform Eid Al-Fiter prayer at the courtyards of #Jerusalem’s Al-Aqsa Mosque compound.”
— AlQastal News (@QastalNewsEn) April 21, 2023
Menurut sumber AlQastal News, suasana sepanjang solat sunat Aidilfitri pada Jumaat itu aman cuma berlaku beberapa insiden apabila polis israel cuba menghalang pemuda Muslim mengantung bendera Palestin di sebelah Bab Al-Asbat.
Media coverage: “Israeli occupation forces assault Palestinian youths near Bab Al-Asbat in occupied Jerusalem.”
— AlQastal News (@QastalNewsEn) April 21, 2023
Sementara itu, sumber Jordanian Waqf, pemegang amanah Islam disokong Jordan yang mentadbir perkarangan Masjid Al Aqsa melaporkan bahawa kira-kira 4 juta muslim telah bersolat di Al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan.
Jumlah kehadiran yang boleh dianggap tinggi walaupun polis israel telah cuba menyekat, menzalimi dan membelasah umat Islam yang masuk beribadah di Al-Aqsa secara aman.
Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendesak rejim israel menghentikan serangan dan membebaskan segera penduduk Palestin yang ditahan dalam serangan di Masjid Al-Aqsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komuniti antarabangsa juga mesti menuntut rejim israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan penduduk Palestin serta tanahair mereka.