Semasa

Amaran hujan berterusan buruk dijangka sehingga esok

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk di beberapa buah negeri yang dijangka berlanjutan sehingga esok.

Negeri yang terlibat hujan berterusan buruk sekitar pantai timur iaitu Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Terengganu pula Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Manakala, amaran hujan berterusan waspada meliputi kawasan Gua Musang di Kelantan, Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Ini termasuk di Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin, juga Johor iaitu di Mersing.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada yang dijangka berlaku bermula 5 Disember sehingga 7 Disember melibatkan kawasan di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah).

 

 

Related Articles

Back to top button