DuniaPalestin

Buka pejabat perwakilan di Baitul Maqdis, Republik Czech langgar undang-undang antarabangsa

Palestin bidas tindakan

RAMALLAH 14 Mac: Tindakan  Republik Czech membuka pejabat perwakilan di Baitul Maqdis dibidas Palestin.

Menurut Arabnews, Palestin menyifatkan tindakan itu sebagai perlanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa.

Kementerian Luar Palestin menerusi satu kenyataan mengutuk langkah Prague itu yang disifatkan sebagai ‘serangan terbuka’ terhadap rakyat Palestin, hak mereka dan perlanggaran jelas undang-undang antarabangsa.

Kementerian itu turut menganggap Czech bertanggungjawab terhadap kesan daripada keputusan berkenaan yang bukan hanya mengganggu proses damai di Asia Barat namun hubungan antara Palestin, Arab dan negara Islam lain.

Sehubungan itu Kesatuan Eropah (EU) dan barisan menteri luarnya selain Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, didesak supaya mengambil langkah masuk campur, sekali gus meminta Prague menarik semula keputusan terbabit.

Perasmian pembukaan pejabat perwakilan itu dihadiri Perdana Menteri Czech, Andrej Babis dua minggu selepas Israel menghantar 5,000 dos vaksin COVID-19, Moderna kepada Republik Czech.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenazi.

“Baitulmaqdis Timur adalah tanah diduduki di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya.

Kenyataan itu dengan tegas mendakwa tindakan Czech akan mengakibatkan kesan dramatik terhadap usaha menyambung semula rundingan damai antara Palestin dan Israel.

Banyak negara EU menolak untuk memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis sementara menunggu perjanjian muktamad antara Israel dan Palestin mengenai isu kota suci itu. -AGENSI

 

 

 

Related Articles

Back to top button