Rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel berhampiran Ramallah
Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
RAMALLAH – Dua orang lelaki Palestin dibunuh oleh tentera Israel semasa serbuan berhampiran bandar Ramallah.
Mangsa tersebut dibunuh ketika berada di dalam kereta di luar kem pelarian Jalazone, utara Ramallah.
Mereka dikenali sebagai Bassel Qassem Basbous berusia 18 tahun dan Khaled Fadi Anbar berusia 21 tahun yang disahkan oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa.
Kedua-dua lelaki itu terbunuh, dan tentera Israel mengambil jenazah mereka semasa menangkap Habash.
Tambahnya,terdapat orang ketiga yang bersama dengan mereka di dalam kereta itu adalah, Raafat Habash, 19, yang cedera dalam kejadian itu.
Bagi mengenang dua lelaki itu, gabenor Ramallah dan el-Bireh melancarkan bantahan di seluruh negara pada hari Isnin dan menutup semua perniagaan.
Menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak berkuasa Israel sering menggunakan senjata terhadap rakyat Palestin dan ia melanggar undang-undang antarabangsa.
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun juga telah terbunuh dalam satu serbuan di sebuah bandar berhampiran Bethlehem selepas keluarganya mendakwa kanak-kanak itu telah dikejar oleh tentera Israel.
Menurut Jabatan Negara AS, kematian Rayyan Suleiman itu sedang disiasat.