Semasa

Larangan kemasukan ekspatriat 20 negara ke Arab Saudi ditarik balik

JEDDAH: Arab Saudi menarik balik larangan kemasukan ekspatriat dari 20 negara.

 

Menuru agensi mengenai hal ehwal konsular di bawah Kementerian Luar Negara, ia akan membenarkan kemasukan ekspatriat yang sudah divaksin sepenuhnya sebelum meninggalkan negara asal.

 

Dalam pada itu, warga asing yang kembali ke negara itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka benar-benar bebas daripada jangkitan Covid-19, menurut agensi berkenaan.

 

Sebelum ini, Arab Saudi mengenakan larangan kemasukan berkenaan selepas penularan varian baharu yang dikesan di United Kingdom (UK), Afrika Selatan dan Brazil.

 

Ia juga mengambil kita bahawa program vaksinasi di seluruh dunia dikatakan mungkin kurang berkesan dalam menangani varian berkenaan.

 

 

Larangan itu sebelum ini membabitkan Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Lubnan, Amerika Syarikat, UK, Jerman, Perancis, Itali, Ireland, Portugal, Switzerland, Sweden, Brazil, Argentina, Afrika Selatan India, Indonesia, Pakistan dan Jepun.

 

Ia juga meliputi pengembara yang transit di mana-mana daripada 20 negara berkenaan dalam tempoh 14 hari sebelum mengunjungi Arab Saudi.

 

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button