DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Rakyat Palestin cedera dalam serbuan Israel

Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

TEBING BARAT: Sebelas rakyat Palestin telah cedera dalam serbuan baharu Israel pada Ahad lalu.

Menurut kementerian, lima rakyat Palestin tercedera akibat tembakan secara langsung manakala dua daripada mereka telah terkena serpihan dan seorang mangsa terhidu gas semasa serbuan sasaran di Jenin, Tulkarem dan Jericho.

Menurut salah seorang rakyat Palestin, berkata seramai 21 orang telah ditahan oleh tentera Israel termasuk 15 orang di bandar Ya’bad, selatan Jenin.

Berdasarkan kenyataan dari tentera Israel, lapan suspek telah diberkas oleh pihak mereka dan senjata juga dirampas semasa operasi di Ya’bad.

Serbuan yang dilakukan oleh Israel berlaku sehari selepas tentera mereka menembak mati seorang anggota kumpulan pejuang Islam semasa serbuan di kem pelarian Jenin pada Sabtu lepas.

Di samping itu, tentera Israel seringkali melakukan kempen penangkapan yang meluas di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan alasan mencari warga Palestin yang dikehendaki.

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button