DuniaSemasa

Presiden Senegal sokong pemain Islam PSG bantah LGBT

DAKAR : Presiden Senegal, Macky Sall menunjukkan sokongan terhadap pemain Paris Saint-German (PSG), Idrissa Gana Gueye, yang menerima tuduhan homofobia di Perancis.

Ia susulan pemain itu enggan bermain dengan jersi yang mempunyai nombor berwarna pelangi sebagai tanda bantahan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sehingga menyebabkan berliau terlepas beraksi ketika kemenangan 4-0 pasukannya menentang Montpellier.

“Saya menyokong Idrissa Gana Gueye. Pegangan agamanya mesti dihormati,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Tindakan pemain tengah Senegal itu mendorong stesen radio RMC mendakwa bahawa dia sengaja mengelak untuk beraksi supaya tidak memakai jersi itu dan dituduh sebagai homophobia.

Tahun lalu, Gueye juga terlepas perlawanan pada hari yang disambut bagi memerangi homofobia.

Untuk rekod, 95 peratus penduduk di Senegal adalah beragama Islam dan mereka menganggap bahawa homoseksualiti seacra meluas adalah berdosa besar.

Perbuatan songsang manusia membabitkan sama jantina di negara itu itu boleh dihukum penjara satu hingga lima tahun.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button