Putera Mahkota Arab Saudi Umum Projek ‘Mirror Land’, Bakal Tempatkan 5 Juta Penduduk

Riyadh : Arab Saudi mendedahkan akan membelanjakan satu trillion dalam merealisasikan usaha membina sebuah bangunan ‘ikonik’ pencakar langit dan terpanjang yang diberi nama ‘Mirror Land’.

Projek mega itu dijangka akan mengandungi dua buah blok bangunan 150 tingkat yang berukuran setinggi 1600 kaki atau 487 meter. Panjang bangunan ini pula menjangkau 75 batu atau lebih kurang 120 kilometer.
Pengumuman ini dibuat oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, ‘Mirror Land’ adalah sebahagian daripada projek NEOM yang merangkumi OXAGON, sebuah bandar pembuatan inovatif yang direka semula. Ia merupakan sebahagian projek pembangunan bandar terancang.
#SaudiArabia 🇸🇦 plans to construct two parallel skyscrapers up to 1,600 feet tall and stretching for 75 miles across mountains and feature high speed rail, a sports stadium, a yacht marina, and huge facilities.
– ‘ The Mirror Line ’ will house around five million residents. @WSJ pic.twitter.com/jbkYFAUeyI
— Mohammed Alhamed (@M7Alhamed) July 24, 2022
Projek ini dijangka menjadi destinasi pelancongan gunung global.
Mirror Land bakal dilengkapi dengan kemudahan tren berkelajuan tinggi dibawah bangunan tersebut selain mempunyai pelbagai fasiliti lain seperti stadium bola, vertical farming atau tempat pertanian menegak yang membolehkan penduduk mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

Merujuk kepada laporan DailyMail, Putera Mahkota Arab didakwa mahu projek ini disiapkan pada tahun 2030, namun engineer mengatakan bahawa projek mampu direalisasikan dalam tempoh 50 tahun.
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today