DomestikSemasa

JAKIM memperkasa institusi penguatkuasaan syariah

Kajian menyeluruh dibuat bagi mencapai persefahaman penstrukturan skim gaji Pegawai Penguat Kuasa Agama di seluruh negara

KOTA DARUL NAIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sedang menjalankan kajian menyeluruh bagi mencapai persefahaman dalam usaha penstrukturan skim Gaji Pegawai Penguat Kuasa Agama di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menjelaskan, persefahaman ini amat penting kerana sebahagian Pegawai Penguat Kuasa Agama merupakan penjawat awam daripada lantikan negeri.

Pengarah Bahagian BPUU JAKIM memeriksa perbarisan Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor JAIS (Foto Arkib Islam dot gov dot my)

Menurut lagi, antara aspek penting yang sedang diteliti adalah gred jawatan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) sedia ada di setiap negeri, bilangan anggota Penguat kuasa Agama serta statistik aduan perlakuan kesalahan jenayah.

Kerajaan amat mengambil berat terhadap kebajikan semua pekhidmatnya yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan. Kerajaan melalui JAKIM secara konsisten meneruskan usaha memperkasa institusi penguatkuasaan agama yang terdiri daripada kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam iaitu dari skim sosial yang dilantik untuk melaksanakan tugas sebagai Penguat Kuasa Agama di negeri-negeri.”

“Namun begitu, kenaikan gaji adalah tertakluk kepada pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk melihat semula keupayaan kewangan negara untuk menampung jumlah kenaikan skim gaji tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary ketika di Dewan Rakyat hari ini (Foto sumber Harakahdaily dot net)

Walau bagaimanapun, pada masa ini JAKIM sedang menjalankan kajian untuk memperkasakan institusi penguatkuasaan syariah merangkumi penyelarasan fungsi-fungsi Bahagian Penguatkuasaan Syariah dan kebajikan anggota penguat kuasa agama di seluruh negara,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau menjawab soalan lisan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang meminta Perdana Menteri menyatakan perancangan Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan skim gaji anggota penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dinaikkan bersesuaian dengan cabaran bidang tugas mereka.

Bahagian Penguatkuasaan JAWI mengadakan pemeriksaan di beberapa buah premis restoran sekitar Putrajaya (Foto sumber twitter @myJAWIKL)

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan, jelas Ahmad Marzuk kajian peringkat akhir, pertama untuk memperkasakan gred jawatan Ketua PPA kepada gred 54, selaras dengan rumusan kajian memperkasakan institusi penguatkuasaaan syariah untuk mempertingkatkan gred jawatan Ketua PPA kepada gred jawatan lebih tinggi.

Kedua, katanya pelantikan pegawai penyiasat hendaklah terdiri daripada kalangan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 dan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19.

Ketiga, katanya adalah cadangan mewujudkan elaun khas dan insurans perlindungan secara berkelompok kepada PPA negeri secara keseluruhan dengan sebahagian negeri telah melaksanakan skim insurans berkelompok bagi melindungi dan menjaga kebajikan penguatkuasa.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button