KemanusiaanPalestinSemasa

178 cedera lepas polis Zionis rempuh Al Aqsa

Pertempuran di sekitar Masjid Al Aqsa, Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS : [KEMAS KINI] VIDEO

Setelah berminggu-minggu pertempuran di antara warga Palestin dan Yahudi berlangsung hangat, kemuncaknya malam tadi ratusan penduduk Palestin cedera malah ada sebahagian ditahan polis Israel. Selain di Masjidil Aqsa pertempuran juga tercetus di beberapa lokasi di Baitul Maqdis, terutama di beberapa pintu masuk utama Masjid berkenaan.

Kawasan sekitar Aqsa selepas pertempuran

Pertubuhan Palang Merah melaporkan 88 warga Palestin yang cedera dibawa ke hospital sekitar Al Quds untuk mendapatkan rawatan setelah menerima tembakan peluru getah tentera Zionis. Kebanyakan daripada mereka mengalami kecederaan pada wajah, mata dan dada disebabkan tembakan peluru getah. Manakala serbuan di dalam masjid pula menyebabkan ramai jemaah yang sedang beriktikaf terkepung. Malangnya ada di antara mereka ditahan pula polis Israel.

Penduduk Palestin yang cedera dalam pertubuhan.

Polis Israel bertindak demikian kerana melihat semakin ramai warga Palestin cuba memasuki Masjid Al Aqsa. Tindakan itu bagi menghalang rakyat Palestin membanjiri masjid suci itu untuk beriktikaf sempena Jumaat terakhir Ramadan. Ketumbukan tentera memasuki beberapa masjid dan melemparkan bom gas untuk meleraikan jemaah. Enam daripada anggota polis Israel  turut dilapor cedera.

Video kerakusan tindakan polis Zionis tular di media sosial menunjukkan polis Zionis mara ke Pintu Masuk Dung di Masjidil Aqsa, atau Dung Gate. Pertempuran juga berlaku di Silwan Gate, salah satu pintu masuk di Masjidil Aqsa. Rakaman juga tular menunjukkan video tentera Isral menyerang jemaah masjid alAqsa di Pintu Masuk Emas atau di Bab al Rahmah di bahagian timur Masjid tertua itu.

Tentera Zionis memasuki ke dalam masjid dengan berkasut dan mengusir jemaah keluar. Menurut Nadir Al Nuri ada saksi memberitahu melihat tentera Zionis memijak Al Quran.

 

Sementara itu di Masjid Qiblatain, polis Israel menyerang di masjid berkenaan dengan senjata pegun dan peluru getah. Beberapa jemaah terpaksa menyelamatkan diri apabila masjid dipenuhi bom asap.
Di lokasi berlainan iaitu di pintu masuk Al Aqsa di Bab Al Silsila, salah satu pintu masuk ke Aqsa, juga polis menyerbu masuk ke arah jemaah yang sedang memasuki perkarangan Masjid tertua umat Islam itu.

Kemarahan penduduk Palestin bermula sejak awal Ramadan lagi apabila tindakan tentera Zionis menghalang mereka menghampiri masjid Alaqsa.  Sejak itu pemuda Palestin dan Yahudi bertempur satu sama lain.Namun kebangkitan penduduk Palestin tercetus kembali pada Khamis lalu apabila cuba merampas kawasan penduduk di Sheikh Jarrah yang diduduki warga Palestin.

Isu petemptan Sheikh Jarrah diperdebatkan sejak berdekad.  Minggu lalu mahkamah Israel memutuskan empat keluarga iaitu al Kurd, Iskafi, Qassim dan Jaouni harus meninggalkan rumah mereka untuk diberikan kepada pendatang Yahudi. Satu tindakan undang-undang telah difailkan oleh pendatang Yahudi untuk mengusir keluarga berkenaan yang tinggal di Sheikh Jarrah. Padahal keluarga berkenaan yang menjadi pelarian di negara sendiri susulan peristiwa Nakba pada tahun 1948, telah mendiami kawasan petempatan Jarrah mengikut perjanjian di antara Jordan dan Agensi pelarian PBB. Keempat-empat keluarga itu telah mendiami Sheikh Jarrah sejak tahun 1956 lagi.

Pertempuran tercetus di Sheikh Jarrah apabila polis Israel membina halangan untuk menghalang penduduk asal memasuki kawasan kediaman namun tindakan itu dibantah mereka. Sokongan daripada aktivis kemanusiaan yang menyokong Palestin juga dihalang polis Israel.

Wanita ini diusir dari kawasan petempatan Sheikh al Jarrah
Bantahan terhadap keputusan Mahkamah Israel yang mengarahkan empat keluarga Palestin mengosongkan rumah mereka.

Related Articles

Back to top button