Semasa

Pusat Fatwa Global Al-Azhar gariskan sertai Ikhwanul Muslimin adalah dilarang

Penyelidik sifatkan Rektor mahu bubarkan IM

KAHERAH : Pusat Fatwa Global Al-Azhar (Al-Azhar) menegaskan, menyertai Ikhwanul Muslimin atau kumpulan pengganas lain adalah dilarang menurut syariah kerana Tuhan melarang sebarang perpecahan dan perselisihan.

Akhbar Mesir, Al-Watan, yang memetik Al-Azhar, melaporkan Tuhan melarang manusia mengikuti jalan yang salah, sebaliknya mahu umatnya mematuhi al-Quran dan Sunnah, sesuai dengan syariah.

Menurut anggota Akademi Penyelidikan Islam, Abdullah Al-Najjar, menganggotai kumpulan ekstremis ini dilarang sama sekali mengikut syariah.

“Sudah jelas kepada masyarakat bahawa apa yang dilakukan kumpulan ini ialah memutarbelitkan teks, mengambil di luar konteks dan menyalahgunakannya untuk mencapai kepentingan atau manfaat peribadi serta merosakkan negara.

Sementara itu, penyelidik dalam hal keagamaan dan gerakan Islam, Hussein Al-Qadi, berkata fatwa itu adalah yang pertama seumpamanya dalam sejarah Al-Azhar.

“Sebenarnya, pengasas dan rektor Al-Azhar, Imam Muhammad Mustafa Al-Maraghi, menuntut pembubaran Ikhwanul Muslimin,” katanya. – AGENSI

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button