KemanusiaanKesihatanSemasa

Puan Syarifah tabah membesarkan anak sindrom down

Kasih ibu membawa ke syurga

Sabak Bernam : Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dirasakan oleh wakil MAPIM Malaysia apabila sampai ke rumah Puan Syarifah ketika menjalankan Misi Ummah Bantu Ummah.

Misi Ummah Bantu Ummah

Waktu itu hari sudah petang dan senarai penerima bantuan masih panjang. Tetapi wakil MAPIM Malaysia tetap mengambil sedikit masa untuk menyantuni Puan Syarifah bagi bertanya khabar.

Puan Syarifah bersama dengan cucu dan anak

Puan Syarifah seorang ibu tunggal, tinggal bersama dengan seorang anak lelakinya yang sindrom down. Penyakit keturunan yang terjadi untuk setiap 800 kelahiran. Semakin berusia ibu yang mengandung, semakin tinggi risiko untuk mendapat anak sindrom down.

Ketika sampai di rumah Puan Syarifah dia memang sudah menunggu kedatangan MAPIM. Ketika itu dua orang cucunya juga berada di situ. Walaupun hidup dalam kesempitan, Puan Syarifah tetap tabah membesarkan anaknya.

Sesekali dia dibantu oleh anak perempuannya, yang mendirikan rumah di sebelah rumah Puan Syarifah. Walaupun begitu Puan Syarifah tetap risau memikirkan masa hadapan anak syurganya itu. Dia sudah semakin berusia, sekiranya ajal sudah menjemput bagaimana dengan nasib anak syurganya?

Kerana tidak ada kasih sayang yang akan dapat menggantikan kasihnya dan cintanya seorang ibu.

Dalam kesempatan itu MAPIM Malaysia menghulurkan bantuan berupa keperluan asas kepada Puan Syarifah hasil infaq orang ramai. Ada kegembiraan terpancar pada wajah Puan Syarifah.

Kata Puan Syarifah, “Terima kasih. Kirim salam kepada semua orang apim (MAPIM).”

Senyuman di wajah Puan Syarifah, anak dan cucu-cucunya.

Seperti kata Tuan Haji Faris Hussain, Ketua Misi Ummah Bantu Ummah, “Kita bukan superhero. Kita tidak mampu menyelesaikan masalah mereka. Tetapi setidak-tidaknya kita mampu membuatkan mereka tersenyum.”

Tuan Haji Faris Hussain memberikan taklimat kepada petugas MAPIM Malaysia
Bekerja demi ummah

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button