Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
BUKIT JALIL : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengadakan Program Santun Ummah di Flat Projek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil.
MAPIM sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom) dalam menggerakkan Ummah Mobile Clinic bagi pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk di sekitar kawasan PPR Pinggiran Bukit Jalil.
Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol berkata, “Mereka yang datang hari ini berasa sangat seronok dan ceria apabila melihat klinik bergerak kami datang untuk memberikan pemeriksaan tanpa bayaran.
“MAPIM sedar ada antara penduduk di sini yang mengalami kesukaran untuk datang ke hospital mahupun klinik disebabkan faktor umur dan tidak lagi memiliki kudrat.
“Malah rata-rata penduduk di sini kebanyakannya terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas, malah ada juga yang dari golongan kurang upaya.
“Jadi disebabkan itu MAPIM bawakkan perkhidmatan mobile klinik dan juga memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk di kawasan PPR Pinggiran Bukit Jalil ini.”
Katanya lagi, mereka juga akan melawat dari rumah ke rumah bagi membuat pemeriksaan kesihatan kepada mereka yang tidak mampu hadir ke lokasi mobile clinic.
Selain itu, pemberian sumbangan pek makanan turut dijalankan dan ia memanfaatkan 100 buah keluarga di sini yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil, Nazariah Othman mengucapkan ucapan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak MAPIM kerana sudi datang memudahkan urusan dan meringankan beban mereka.
Menurutnya, ini bukanlah kali pertama MAPIM hadir di kawasan PPR kerana sekitar dua tahun lepas mereka juga hadir untuk menyalurkan bantuan pek makanan kepada penduduk di sini.
“Terima kasihlah kepada MAPIM, kami sangat teruja untuk berkerjasama sekali lagi
“Kami amat tertarik dan mengkagumi usaha MAPIM selama ini yang sentiasa turun padang untuk menghulurkan bantuan dengan pantas kepada mereka yang amat memerlukan lagi-lagi ketika waktu pandemik Covid-19 ini.
“Kami juga berharap inisiatif mobile clinic ini diteruskan dan sangat mengalu-alukan kehadiran dan berkerjasama pada masa akan datang bersama dengan MAPIM. Harap jalinan hubungan silaturrahim antara kami tidak terhenti di sini,” katanya.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038