DuniaSemasa

Paip gas meletup ragut tiga nyawa

28 cedera

BANGKOK : Tiga maut manakala 28 lagi cedera dalam letupan paip gas di kawasan pinggir bandar di timur Bangok, Thailand.

Polis Thailand ketika mengesahkan kejadian berkata paip gas itu adalah sebahagian daripada jajaran saliran gas milik pihak Berkuasa Thailand untuk dibekalkan ke kawasan perkilangan di daerah Bang Bo di Wilayah Samut Prakan.

Paip gas itu tiba-tiba meletup dan menyebabkan api menjulang ke udara.

Kejadian itu meragut nyawa seorang warga emas yang tinggal berdekatan kawasan letupan manakala dua lagi mangsa meninggal dunia di hospital.

28 mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

Letupan memusnahkan puluhan rumah kediaman dan 20 kenderaan.

Sejam diambil anggota bomba memadamkan kebakaran.

Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Tenaga, Thawal Thanakitcharoenphat, berkata punca kejadian dipercayai akibat operasi jengkaut di kawasan tidak dibenarkan sekitar saliran paip gas.

Sementara itu, pegawai Jabatan Kawalan Pencemaran dikejarkan ke tempat kejadian bagi memeriksa kesan merbahaya akibat letupan gas asli itu kepada kesihatan kawasan kediaman berkenaan.

– Thailand Press

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button