DuniaSemasa

Presiden Afrika positif Covid-19

JOHANNESBURG : Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa dijangkiti virus Covid-19 dan sedang menjalani rawatan susulan, pada Ahad.

Menurut laporan media antarabangsa, Ramaphosa didapati dijangkiti virus itu biarpun sudah menerima lengkap dos suntikan vaksin.

Presiden Ramaphosa berkata jangkitannya sendiri bertindak sebagai amaran kepada semua penduduk di negara ini untuk menerima vaksin dan sentiasa berwaspada.

“Vaksinasi kekal sebagai perlindung terbaik terhadap risiko yang lebih teruk dan kemasukan ke hospital,” kata Ramaphosa dalam satu kenyataan.

Pada awalnya, Ramaphosa mula berasa tidak sihat sejurus selepas menghadiri majlis peringatan negara untuk bekas Presiden negara itu, FW de Klerk di Cape Town.

Beliau dijangkiti Covid-19 selepas perkhabaran varian Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan bulan lalu sehingga mencetuskan kegusaran seluruh penduduk dunia.

Ramaphosa akan kekal menjalani pengasingan kendiri di Cape Town buat masa ini dan telah menyerahkan semua tugas bagi mentadbir negara kepada Timbalan Presiden, David Mabuza sehingga minggu depan.

Orang ramai yang pernah menjadi kontak kepada Presiden tersebut dinasihatkan untuk menjalani ujian pengesanan pandemik itu.

Related Articles

Back to top button