DuniaSemasa

Populasi badak putih meningkat buat pertama kalinya sejak 10 tahun lepas

Populasi badak sumbu putih selatan meningkat buat kali pertama sejak 2012, kata kumpulan pemuliharaan terkemuka sambil mendedahkan hasil tinjauan tahunannya.

Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi dan Sumber Asli (IUCN) mengumumkan pada Khamis bahawa, badak putih kini berjumlah sekitar 16,803 haiwan, peningkatan sebanyak 5.6% daripada tahun sebelumnya.

“Ini adalah peningkatan pertama dalam bilangan badak putih sejak 2012,” tambahnya.

Populasi badak hitam juga meningkat dan mencecah hampir 6,500 pada akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, Michael Knight, pengerusi IUCN African Rhino Specialist Group berkata, walaupun populasi badak sumbu Afrika berkembang pesat, pemuliharaan badak sumbu masih perlu kerana pemburuan haram masih tinggi.

Pada 2022, Afrika kehilangan 561 badak sumbu akibat pemburuan haram, 448 daripadanya dibunuh di Afrika Selatan.

Pemburuan haram meningkat hampir dua kali ganda di Namibia, meningkat daripada 47 ekor badak sumbu mati pada 2021 kepada 93 ekor pada 2022.

Di Kenya, seekor badak sumbu mati akibat pemburuan haram, turun daripada enam ekor pada 2021.

Awal bulan ini kumpulan pemuliharaan African Parks berkata ia merancang untuk melepaskan 2,000 badak sumbu putih selatan ke alam liar selepas membeli pusat pembiakan badak sumbu dalam kandang persendirian terbesar di dunia di Afrika Selatan.

Untuk subspesies lain, hanya ada dua ekor yang masih hidup – badak sumbu putih utara – kedua-duanya betina dan kedua-duanya di Kenya. Adalah dipercayai bahawa pemburuan tanduk badak telah menyebabkan mereka hampir pupus.

 

Related Articles

Back to top button