PalestinSemasa

PLO selar rang undang-undang israel label UNRWA sebagai kumpulan ‘pengganas’

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) telah mengecam rang undang-undang israel untuk menetapkan agensi pelarian PBB (UNRWA) sebagai “organisasi pengganas.”

Knesset (parlimen israel) meluluskan tiga rang undang-undang untuk menutup UNRWA dan menganggapnya sebagai organisasi “pengganas”. Rang undang-undang akan memerlukan dua lagi bacaan untuk diluluskan secara rasmi.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO Hussein al Sheikh menyifatkan keputusan Knesset sebagai “tidak menghiraukan masyarakat dan organisasi antarabangsa.”

“Kami mengesahkan bahawa pendudukan israel adalah bentuk keganasan paling jelek yang diamalkan setiap hari terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu telah meminta pertemuan secara peribadi dengan bekas presiden Donald Trump semasa berada di AS minggu ini.

Netanyahu dan pasukan Trump telah berhubung dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk meneroka idea pertemuan tetapi Trump masih belum bersetuju, tambah laporan itu.

SUMBER : TRT World

 

 

 

Related Articles

Back to top button