Covid19KemanusiaanSemasa

Covid-19 : Sabah mohon lanjutkan PKPB

Kes masih tinggi

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan.

Bercakap kepada media malam tadi, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri berpandangan pelanjutan itu penting memandangkan kes COVID-19 di Sabah masih tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat (23/10) berkata Sabah kekal mencatat kes tertinggi COVID-19 iaitu 528 kes daripada keseluruhan 710 kes di seluruh negara.

 

 

Pada 12 Oktober lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seluruh Sabah dikenakan PKPB bermula 13 hingga 26 Okt.

Sementara itu, Datuk Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata setakat ini terdapat 12,720 ujian COVID-19 yang keputusannya masih belum diterima.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri telah menyalurkan sejumlah RM26.7 juta untuk pemberian bantuan bakul makanan kepada penduduk yang berkenaan.

 “Bantuan bakul makanan diberikan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan dikenakan perintah kuarantin kendiri. Hingga 2 petang tadi, sebanyak 72,823 bakul makanan telah diagihkan,” katanya.

* Ramai lagi yang terkesan pada gelombang ke-3 Covid-19 di negara ini. Orang ramai boleh terus kongsikan rasa prihatin itu.

2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:

WWW.BANTUUMMAH.COM

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button