WASHINGTON : Syarikat pengeluar vaksin Covid-19, Pfizer mengumumkan pada Selasa bahawa pil keluarannya, PAXLOVID, mampu berkesan untuk melawan varian Omicron.
Syarikat farmaseutikal AS berkata data baru-baru ini “menunjukkan bahawa PAXLOVID akan mengekalkan aktiviti antivirus kuat menangangi varian semasa yang membimbangkan.”
“Varian kebimbangan seperti omicron, telah memburukkan lagi pilihan rawatan yang boleh diakses bagi mereka yang dijangkiti virus, dan kami yakin, jika diluluskan, rawatan berpotensi ini boleh menjadi alat penting untuk membantu mengekang wabak itu,” menurutnya.
Syarikat itu berkata, data tersebut didapati melalui keputusan akhir daripada analisis 2,246 orang dewasa yang mendaftar dalam fasa 2-3 percubaan PAXLOVID.
Dalam kajian tersebut, ubat PAXLOVID terdiri daripada tiga biji pil telah diberikan dua kali sehari.
Tiada individu yang menerima rawatan Pfizer didapati meninggal dunia, sebaliknya mereka mendapati bahawa hasil penyelidikan menunjukkan 12 kematian dalam kalangan penerima plasebo.
Pil Pfizer diambil bersama antiviral ritonavir yang lebih lama setiap 12 jam selama lima hari sebaik timbulnya gejala.
Pfizer juga mengeluarkan data awal daripada ujian klinikal kedua yang menunjukkan bahawa rawatan itu mengurangkan hospitaliti sebanyak kira-kira 70 peratus dalam kira-kira 600 orang dewasa berisiko standard.
Ia menambah bahawa PAXLOVID mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian sebanyak 88%.
-AGENSI