Dunia

Konflik Rusia-Ukraine : 102 maut, lebih 500,000 larikan diri – PBB

GENEVA : Peperangan yang tercetus antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan sekurang-kurangnya 102 orang awam terkorban manakala 500,000 lagi melarikan diri dari negara itu.

Pesuruhjaya tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk hak asasi manusia, Michelle Bachelet, berkata pada sesi pembukaan Majlis Hak Asasi Manusia bahawa konflik itu membahayakan “banyak nyawa yang tidak bersalah” di Ukraine.

Beliau berkata pejabatnya telah merekodkan 406 korban awam – termasuk 102 terbunuh, tujuh daripadanya kanak-kanak, dan 304 cedera.

“Kebanyakan orang awam ini terbunuh akibat letupan dengan kawasan impak yang luas, termasuk tembakan dari artileri dan sistem roket pelancaran serta serangan udara. Saya takut akan angka sebenar yang menunjukkan jumlah yang jauh lebih tinggi,” kata Bachelet.

Ketua Agensi Pelarian PBB (UNHCR), , Filippo Grandi menerusi ciapan di Twitter, berkata bilangan pelarian telah meningkat kepada lebih 500,000.

Bachelet berkata bahawa jutaan orang awam, termasuk golongan yang lebih tua terpaksa menyembunyikan diri bagi melindungi diri dari pelbagai bentuk serangan bom, seperti stesen kereta api bawah tanah untuk mengelakkan letupan.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button