DuniaKemanusiaanSemasa

Pembunuhan petugas perubatan MSF kejam! : PBB

Dibunuh dalam misi kemanusiaan bantu mangsa konflik Tigray

ADDIS ABABA : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan pembunuhan tiga ahli sukarelawan perubatan, Medicins Sans Frontieres, MFS, di wilayah Tigray Ethiopia dan menganggap ia sebagai jenayah yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Dalam satu ciapan di Twitter, Setiausaha Jeneral PBB Antonio Guterres meluahkan rasa terkejut dengan pembunuhan tiga kakitangan MSF dan menganggap ia telah melanggar undang-undang antarabangsa.

“Saya sangat terkejut dengan pembunuhan tiga pekerja kemanusiaan Medecins Sans Frontiers (MSF) di Tigray, Ethiopia. Perkara ini sama sekali tidak dapat diterima dan ia telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Pelaku mesti ditangkap dan dikenakan hukuman berat,” – Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres

Maria Hernandez, salah seorang ahli MSF yang terbunuh dalam serangan di wilayah Tigray – Reuters

Terdahulu, tiga ahli dari badan amal perubatan MSF telah “dibunuh dengan kejam” di wilayah Tigray Ethiopia pada Jumaat (25 Jun)

Mereka didapati telah terputus hubungan ketika dalam perjalanan menjalankan misi kemanusiaan membantu mangsa yang terlibat dalam konflik di Tigray sebelum mayat mereka ditemui berdekatan dengan kenderaan yang mereka naiki.

Guterres turut menyatakan solidariti bersama rakan kemanusiaan PBB yang mempertaruhkan nyawa untuk memberikan perlindungan dan bantuan kepada mangsa di Tigray.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button