Covid19Semasa

Tiada lagi kemeriahan iktikaf dan buka puasa di Tanah Suci

Masjidil Haram & Masjid Nabawi tangguh majlis berbuka puasa & iktikaf

RIYADH :  Majlis berbuka puasa dan beriktikaf di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah ditangguhkan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Paling Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, berkata penyediaan juadah berbuka puasa hanya diedarkan secara pek buat jemaah yang hadir ke Masjidil Haram. Manakala, pengagihan juadah sahur di Masjid Nabawi adalah dilarang.

Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Abdul Rahman ketika perjumpaan secara maya diadakan bagi membincangkan perancangan sepanjang bulan April pada tahun ini.

“Perkara paling penting adalah memastikan jemaah mengambil suntikan vaksin, menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka” – Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais

Tambah beliau, program Ramadan pada tahun ini lebih menumpukan pengekangan penularan wabak COVID-19 dan memastikan semua jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. – AGENSI

 

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button