Perbicaraan jatuh hukum penembak jemaah masjid Christchurch bermula hari ini
65 beri kenyataan depan hakim, ambil masa 4 hari
Tarrant menyiarkan secara langsung kejadian pembunuhan beramai-ramai di masjid Al-Noor, pada Mac tahun lalu.
Perbicaraan dijadual berlangsung selama empat hari dengan individu yang masih hidup dan Tarrant, yang mewakili dirinya sendiri membuat kesimpulan.
Perdana Menteri Jacinda Arden berkata, minggu ini pastinya minggu yang sukar buat semua.
Beliau tidak mahu mengulas lanjut namun beliau yakin tempoh ini akan menjadikan trauma buat sebahagian saksi, namun semua kenyataan itu harus didengari semua pihak.
Semua kenyataan mangsa akan diperdengarkan di hadapan, Hakim Mahkamah Tinggi, Cameron Mander.
Hakim Mandar mengatakan bahawa proses jatuh hukum itu penting untuk mangsa dan dianggap penghabisan serta penutup oleh beberapa individu sebagai cara terbaik untuk membawa kelegaan kepada masyarakat Islam.
Sementara itu, keselamatan ketat dilakukan di mahkamah Christchurch pagi ini.
Bangunan mahkamah ditutup dengan penghalang berwarna jingga yang besar, sambil polis lengkap bersenjata berjaga-jaga.
Pic:https://www.rnz.co.nz/
Dia dilaporkan ditahan di lokap bawah di kompleks kehakiman untuk mengelakkan ulang alik dari penjara.
Ardern sebelum ini pernah menyatakan serangan itu sebagai ‘satu hari paling gelap di New Zealand’, Tarrant bersenjata senapang separa automatik dan menyerbu dua masjid, pada 15 Mac 2019, melepaskan tembakan rambang ke atas jemaah ketika solat Jumaat.
Dia kemudiannya diberkas dan pada mulanya tidak mengaku bersalah membunuh 51 orang, 40 cubaan membunuh dan melakukan perbuatan pengganas.
Bagaimanapun setahun ulang tahun kejadian berdarah itu, Tarrant bertukar pengakuan kepada bersalah.
Peguam terkemuka di Christchurch, Nigel Hampton berkata, jenayah yang menakutkan mungkin memerlukan hukuman yang luar biasa, sementara profesor undang-undang, Chris Gallavin pula mengatakan dia tidak akan melihat hari bersinar dengan cahaya lagi.
Mahkamah turut mengenakan sekatan laporan luar biasa untuk media bagi memastikan Tarrant tidak cuba mempromosi propaganda neo-Nazi, dan mendapat publisiti. – AGENSI