KemanusiaanSyria

Selang sehari, nyawa kanak-kanak dan orang awam terus tidak dihargai

Jadi sasaran letupan bom kereta di Azaz, Afrin

SYRIA : Selepas Afrin digegar bom,  kawasan utara Aleppo pula menyaksikan empat orang maut dalam serangan terbaru.

Dua kejadian letupan berasingan secara berturut-turut ini disifatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu satu kesinambungan siri keganasan di Syria yang menjadikan nyawa kanak-kanak sebagai sasaran.

Hamidah Qasem Kousa, adalah salah seorang daripadanya yang terkorban dalam letupan yang disifatkan pembunuhan beramai-ramai di Azaz apabila bom kereta meledak di kesibukan bandar, semalam.

“Kejadian ini adalah satu peringatan, bahawa keganasan terus berlaku di Syria, dan nyawa kanak-kanak terus diambang maut,  setiap masa di mana pun berada”, menurut Bo Viktor Nylund, Wakil Agensi UNICEF di Syria.

“Kejadian ini adalah satu peringatan, bahawa keganasan terus berlaku di Syria, dan nyawa kanak-kanak menjadi bahaya,  setiap masa di mana pun mereka berada”- Bo Viktor Nylund, Wakil Agensi UNICEF di Syria

UNICEF, turut mengingatkan semua pihak bertelagah di Syria supaya berkasih belas dalam melindungi kanak-kanak pada setiap masa dan tidak menjadikan kawasan orang awam sebagai sasaran keganasan.

dailysabah.com melaporkan 22 orang cedera dalam letupan bom kereta di bandar Azaz, lokasi di utara Aleppo termasuk seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun.

Penyelaras Serantau Kemanusiaan untuk Krisis Syria, Mark Cutts, mengutuk kejadian letupan itu dan menyeru siri keganasan itu dihentikan kerana membabitkan nyawa orang awam,

Agensi Deutsche Press pula melaporkan letupan berlaku di pusat budaya di bandar itu yang digunakan sebagai pangkalan kerajaan sementara.

Keadaan ini adalah tragedi berdarah kedua dalam selang tempoh dua hari sahaja membabitkan orang awam Syria.

Sabtu lalu, di tengah utara bandar Afrin, dekat Aleppo, sebuah kereta sarat dengan bahan letupan meledak di kawasan kejiranan awam menempatkan bengkel kenderaan.

Kejadian yang berlaku pada waktu puncak ketika hari bekerja itu meragut enam nyawa, tiga daripadanya adalah kanak-kanak yang tidak berdosa.

Letupan dikatakan diledakkan oleh kendalian puak pemisah YPG.

Bagaimanapun jumlah mangsa yang maut berbeza daripada laporan media serantau.

Anadolu Agency menyebut enam maut manakala jumlah yang cedera meningkat 25 orang, dalam letupan yang kuat sehingga dapat dirasai ke seluruh daerah berkenaan.

Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan tidak menolak bahawa letupan itu dikendalikan oleh puak YPG, yang disingkir dari rantau itu pada Mac 2018 selepas Operasi Olive Branch, oleh tentera turki dan tentera kebangsaan Syria.

Setakat ini tiada pihak bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan.

Memasuki 10 tahun, sejak bermulanya konflik di bumi Syams ini, kanak-kanak terus menjadi mangsa kemusnahan, pengusiran dan kematian.

Sudah tiba masanya Syria mencari jalan penamat daripada semua yang berlaku bagi mengelakkan nyawa kanak-kanak melayang manakala kesukaran hidup wanita dan orang awam terus menjerut isu kemanusiaan.

Kedua-dua kejadian ini berlaku di tengah-tengah kebuntuan proses keamanan Syria yang tidak menampakkan sebarang kemajuan.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Perlembagaan Syria yang dipermudah PBB menyatakan rasa kesal terhadap kelewatan proses merangka damai di Syria dan mendesak pendekatan baharu difikirkan sebagai penyelesaian konflik sedekad itu.

*INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN KEPADA SAUDARA DI SYRIA!

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button