Covid19Semasa

Peperangan Covid-19 belum tamat

KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata banyak kelonggaran sudah diberikan dan rentas negeri juga dibenarkan, walau bagaimanapun beliau menggesa rakyat untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan serta menggamalkan norma baharu.

“Perjuangan melawan penularan Covid-19 belum berakhir, sebaliknya Malaysia kini menuju ke arah fasa endemik atau di medan perang baharu dengan strategi baharu.

“Malaysia telah berjaya menjauhi musibah seperti yang dilihat di banyak negara di serata dunia, bagaimanapun kita belum lagi keluar daripada bahaya dan hanya boleh memenangi ‘peperangan’ ini jika seluruh rakyat Malaysia bersama-sama bersatu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial untuk mematuhi SOP.”

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggumukan bahawa pergerakkan rentas negeri dibenarkan kepada mereka yang sudah mendapat dua dose vaksin tanpa perlu surat kebenaran polis.

Turut dibenarkan iaitu semua aktiviti pelancongan sejurus kadar vaksinasi populasi dewasa melebihi 90 peratus.

Bermula Jumaat ini, dijangkakan keadaan trafik akan menjadi sesak ekoran pergerakkan rentas negeri apabila ramai yang ingin pulang ke kampung halaman. Sehubungan dengan itu, Dr Noor Hisham mahu Keluarga Malaysia untuk merancang terlebih dahulu perjalanan jika ingin pulang ke kampung halaman.

Dalam pada itu, beliau juga merakam penghormatan dan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan dan mereka yang bekerja di sebalik tabir yang berhempas pulas memerangi penularan Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

“Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua kakitangan di Kementerian Kesihatan, bekerja sebagai pasukan menuju matlamat yang sama untuk mengawal penularan Covid-19 di tanah air kita,” katanya.

 

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button