Semasa

Baru 4 minit berlepas, pesawat Sriwijaya Air hilang dari radar

Terputus hubungan pada kedudukan 11 batu nautika

JAKARTA :   Baru saja berlepas empat minit, pesawat komersial Sriwijaya Air SJ182 yang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Indonesia dilaporkan hilang dari radar.
Memetik lapor portal berita Detik.com. jurucakap kementerian Adita Irawati, pesawat model Boeing 737 tersebut dilaporkan terputus hubungan pada jam 2.40 waktu tempatan ketika melintas ruang udara di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.

“Saya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dan masih memeriksa data-data berkaitan.

“Saya akan maklumkan perkembangan terkini nanti,” kata Pengurus Perhubungan Awam Airnav Indonesia, Yohanes Sirait ketika diminta pengesahan.

Sementara itu, Flightradar24 dalam pemantauannya secara langsung menunjukkan perjalanan pesawat itu.

Pesawat itu terputus hubungan di kedudukan 11 batu nautika di luar garis pantai Jakarta ketika menanjak dari ketinggian 11,000 kaki menuju ke 13,000 kaki.

Maklumat awal daripada akhbar Republika, menyatakan pesawat berkenaan membawa 59 penumpang yang terdiri daripada 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.

Pesawat dikatakan berlepas dari Jakarta sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan.
Belum dapat dipastikan jumlah penumpang dan krew dalam pesawat berkenaan.
Masih terlalu awal untuk memperincikan nasib pesawat berkenaan, namun pada saat ini proses siasatan sudah dimulakan dan pihak Kementerian Pengangkutan negara itu sedang berkoordinasi dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) serta Jawatankuasa Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT).
Maklumat dari Basarnas menyatakan, mereka mengenal pasti isyarat kecemasan di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang.
Dalam perkembangan berkaitan, sekitar jam 6 petang waktu tempatan, saluran berita Kompas TV sudah melaporkan tentang penemuan ‘serpihan’ di perairan Kepulauan Seribu.

Berikut disiarkan nama-nama penumpang di dalam pesawat berkenaan seperti yang dikeluarkan di media sosial.

Pihak berkuasa tempatan Kepulauan Seribu dan nelayan menemui serpihan di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, selepas nelayan kawasan itu mendakwa melihat sebuah pesawat terhempas di perairan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada makluman rasmi dari pihak berkuasa Indonesia.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button