Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih
LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan terdapat lebih 1,000 kes cacar monyet di negara lain di mana Afrika menjadi negara penularan berlaku.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata risiko cacar monyet adalah nyata dan boleh dicegah pada ketika ini di negara bukan endemik.
Katanya, pada bulan Mei lalu 29 negara telah melaporkan kes wabak terbaru, namun tiada kematian dilaporkan.
Pada taklimat media di Geneva, Tedros berkata pada tahun ini terdapat lebih 1,400 kes cacar monyet di Afrika dan 66 kematian.
“Ia adalah gambaran malang dunia bahawa masyarakat antarabangsa kini hanya memberi perhatian kepada cacar monyet kerana ia telah muncul di negara berpendapatan tinggi,” katanya.
WHO menasihatkan orang yang dijangkiti cacar monyet diasingkan di rumah malah, wabak itu menunjukkan tanda penularan komuniti di beberapa negara.
Sementara itu, ketua teknikal WHO, Dr Rosamund Lewis, berkata cara utama cacar monyet merebak melalui ‘hubungan antara individu’, biarpun risiko penghantaran aerosol belum diketahui sepenuhnya.
“Pekerja kesihatan yang menjaga pesakit cacar monyet harus memakai pelitup muka,”katanya.
Menurut WHO, kebanyakan kes dilaporkan berlaku dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, bagaimanapun kes terhadap wanita juga turut dilaporkan.
Selain itu, bagi sesetengah negara boleh dipertimbangkan untuk pemberian vaksinasi kepada golongan sasaran dalam tempoh empat hari pendedahan wabak tersebut.
Pegawai kanan WHO, Sylvie Briand, berkata agensi mereka sedang menilai potensi vaksin yang disimpan untuk melawan cacar monyet dan telah menghubungi pengeluar serta negara yang sebelum ini telah menjanjikan vaksin.
Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang bekerjasama dengan organisasi termasuk UNAids dan kumpulan komuniti untuk meningkatkan kesedaran dan menghentikan penularan.
-Agensi