KemanusiaanSemasa

Seramai 1,509 kanak-kanak dilaporkan hilang sejak 2 tahun lalu

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

PETALING JAYA: Sejak dua tahun lalu, sejumlah 1,509 kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang.

Sejumlah 1,424 orang yang berjaya ditemukan semula oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dalam kalangan mereka yang ditemukan dalam keadaan selamat malah ada juga yang sudah tidak bernyawa.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan, masih ada 85 mangsa yang belum dijumpai daripada jumlah tersebut.

“Kebanyakan kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang tidak semuanya ditemui dengan keadan yang selamat.

“Ada kes yang pihak kami terpaksa buka kertas siasatan dan ada sesetengah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Ini kerana, ada kes hanya menemukan jasad mangsa selepas mereka terlibat dalam kemalangan, seperti lemas, terjatuh di dalam longkang atau ketika bermain di sungai,” kata beliau.

Mengikut laporan, seramai 1,113 kanak-kanak perempuan direkodkan sebagai mangsa hilang. Jumlah tersebut ialah lebih tinggi berbanding  jumlah kanak-kanak lelaki yang hilang  iaitu, 396 orang.

Menurut beliau, kes kehilangan paling tinggi membabitkan kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun iaitu seramai 1,330 orang diikuti lapan hingga 12 tahun iaitu 138 orang dan setahun hingga tujuh tahun seramai 41 orang.

“Alasan dan punca yang sering dilaporkan kanak-kanak hilang adalah lari kerana pengaruh rakan sebaya dan ingin hidup bebas daripada keluarga.

Jalil menjelaskan, kes tertinggi direkodkan pada tahun 2020 iaitu seramai 817 orang dilaporkan hilang, namun hanya 803 mangsa berjaya ditemui dan 14 masih hilang.

“Sejumlah 123 kes telah direkodkan pada dua bulan pertama tahun 2022 dimana 90 orang kanak-kanak berkenaan ditemui semula manakal 33 masih hilang,” kata beliau.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button