Covid19Semasa

COVID-19: Kadar penggunaan katil hospital, PKRC di Kelantan Hampir penuh

Kes positif di Kelantan meningkat

KOTA BAHRU: Kadar penggunaan katil hospital dan enam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kelantan Hampir penuh susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Lima PKRC yang sedia ada sudah mencecah 79 hingga 103 peratus bilangan pesakit, manakala sebuah PKRC yang baharu dibuka beberapa hari lalu mencecah 33 peratus bilangan pesakit.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, susulan peningkatan jumlah pesakit, pihaknya bercadang untuk membuka satu lagi PKRC dalam masa yang terdekat iaitu Dewan Belia di Panji.

             

“Jika kes semakin meningkat, terdapat pesakit yang terdapat diasingkan di rumah. Bagi mengurangkan sampel yang tertunggak, jabatan kesihatan negeri sudah mendapat bantuan daripada makmal di Hospital Universiti sains Malysia (HUSM) dan Makmal Kesihatan Awam Ipoh, Perak,” – Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin

Datuk Dr. Zaini berkata, jangkitan dalam kluster dilaporkan berlaku di tempat kerja atau sekolah serta masjid ketika kelas pengajian dan mensyuarat.

“selain itu, masjlis keramaian seperti kenduri, penjara dn komuniti. Sebanyak 23 peratus dikesan melalui saringan yang bergejala dan tidak bergejala serta dari zon merah yang tiada kaitan epidemiologi. Jumlah peratusan itu menunjukkan jangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kelantan terus mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.43 setakat semalam berbanding RT nasional 1.16.

Media Semalam melaporkan, Kelantan tleah merekodkan kes yang tertinggi dengan sebanyak 332 kes COVID-19 dengan dua kematian yang melibatkan warga emas yang berumur 72 dan 77 tahun.

Oleh Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Related Articles

Back to top button