DuniaPalestinSemasa

Israel musnahkan 100 rumah Palestin

Israel dakwa tanah itu diberikan oleh Tuhan kepada golongan Yahudi

BAITULMAQDIS : Israel terus bertindak kejam apabila merancang untuk usir 100 keluarga Palestin dari rumah mereka dengan alasan menetap di situ tanpa izin, demikian laporan Agensi Shehab.

Menurut media tempatan itu, rumah yang didiami rakyat Palestin tersebut akan dimusnahkan bagi membina taman alkitabiah untuk warga Israel.

Timbalan Datuk Bandar Baitulmaqdis, Arieh King, berkata penduduk Palestin dibenarkan memilih lokasi lain, tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Dakwanya, tanah itu diberikan kepada golongan Yahudi oleh Tuhan dan mereka akan menggunakan apa cara sekali pun untuk menuntutnya.

“Tuhan memberikan tanah ini kepada kami dan siapakah kami untuk memberikannya kepada orang lain?

“Ini adalah undang-undang. Bangunan tanpa izin akan dimusnahkan di Baitulmaqdis,” katanya.

King turut mengesahkan bahawa kejiranan di Bustan itu akan dimusnahkan untuk membina sebuah taman, bangunan awam, lampu jalan dan sebagainya,

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan penghuni yahudi menyerang kejiranan Batn Al-Hawa dan memecah masuk rumah didiami rakyat Palestin, Abu Subaih.

Penceroboh yang dilindungi polis Israel itu turut membina tangga di bangunan tersebut bagi kemudahan mereka.

Lebih menyedihkan, keluarga Abu Subaih memiliki dokumen asal untuk rumah itu, namun pihak polis Israel terus meminta mereka mendapatkan kelulusan dari mahkamah Israel.

Abu Subaih berkata, penghuni rumah itu telah mengalihkan tangga tersebut, bagaimanapun ia kembali dibina semula leh penceroboh haram di bawah kawal selia polis Israel.

Berdasarkan laporan media tempatan, enam kejiaranan yang didiami rakyat Palestin di Baitulmaqdis akan dirobohkan dan digantikan dengan projek pembangunan haram untuk penghuni Israel.

Dalam tempoh sedekad lalu, Israel telah mengeluarkan sebanyak 6,817 notis kerja perobohan rumah Palestin serta 53 arahan pemindahan kepada penduduk Palestin di kejiaran Batn Al-HAwa di Silwan.

“Tuhan memberikan tanah ini kepada kami dan siapakah kami untuk memberikannya kepada orang lain?

– Middle East Monitor

Diterjemah oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Related Articles

Back to top button