DomestikSemasa

MAPIM Malaysia menyantuni 25 keluarga Pangsapuri Azelia

Mereka akhirnya dapat menarik nafas lega apabila bantuan terdesak tiba

RAWANG : Seramai 25 keluarga yang menghuni di Pangsapuri Azelia, di sini akhirnya dapat menarik nafas lega apabila menerima bantuan bekalan makanan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), kelmarin.

Mereka terdiri daripada keluarga asnaf serta golongan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Lebih menyedihkan, ada antara mereka sudah ‘mati akal’ apabila hanya mampu mengenang nasib anak-anak setelah sudah kehabisan simpanan bekalan dan makanan asas termasuk susu bayi dan lampin.

Prihatin terhadap masalah itu, MAPIM Malaysia bertindak menghulurkan bantuan kepada golongan tersebut dengan menyantuni mereka di kediaman masing-masing semalam.

Keluarga yang meminta bantuan terdesak itu terdiri daripada berbilang kaum, ada keluarga Melayu,  India, dan MAPIM tidak pernah memilih siapa mahu dibantu. Semuanya MAPIM akan bantu.

Menerusi program SOS Rawang yang diadakan selama sehari itu, pihak MAPIM Malaysia yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al Kahery turut meluangkan masa bersama mereka bagi mendengar keluhan dan cabaran dihadapi golongan kurang bernasib baik berkenaan.

Program itu turut disertai Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol dan Bendahari MAPIM Malaysia, Kapten Hj Faris Hussain serta kumpulan task force badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Tanpa membuang masa kami, kami bergegas menghantar bekalan makanan asas kepada golongan ini untuk membantu meringankan beban mereka.

“Antara barangan keperluan yang dihantar termasuk bekalan makanan asas, susu dan lampin bayi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Semalam, Ummah Today berkongsi luahan Dr. Sani apabila beliau dihujani panggilan daripada pelbagai pihak termasuk penguni pangsapuri tersebut untuk meminta bantuan terdesak selepas terputus bekalan makanan.

Selain penghuni apartment itu, terdapat juga daripada seorang yang terkenal yang rayu supaya beliau membantu 700 keluarga di dua buah pulau.

Ia sekali gus membuatkan beliau tergamam apabila semakin ramai panggilan yang diterima bagi merayu supaya MAPIM Malaysia terus menyantuni golongan-golongan yang kurang bernasib baik ini.

Sementara itu, Faris Hussain menegaskan MAPIM Malaysia akan terus berganding bahu dengan pihak yang sudi menawarkan diri dalam menyantuni keluarga asnaf dan golongan memerlukan, terutama ketika negara berdepan dengan ancaman Covid-19.

“Demi kebajikan masyarakat Malaysia terjaga, MAPIM Malaysia akan terus bersiap siaga menghantar bantuan dengan kadar segera kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira masa.

Kapten Haji Faris Hussain, Bendahari MAPIM Malaysia

“Siapa sangka kebanyakan yang susah sekarang terdiri daripada mereka yang sebelum ini ada pekerjaan. Bila hilang punca pendapatan tiga bulan sehingga setahun, susu anak susah nak beli dah. Tiada duit. Ramai sangat minta tolong, tapi mereka berasa malu sangat sebab tengok jiran-jiran pun lebih susah,” Bendahari MAPIM, Kapten Haji Faris Hussain

(Dr.) Sani Araby Al Kahery turut menambah,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan Malaysia

“Kita sentiasa berusaha untuk membantu dengan apa sahaja yang kami ada. Semuanya demi meringankan beban mereka. Apatah lagi tinggal di pangsapuri yang mana kita ketahui, ruang adalah musuh utama mereka. Ia juga memberi tekanan yang tinggi untuk emosi. Kami mengharapkan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang kami sampaikan ini mampu meringankan beban mereka dan seterusnya mereka mampu mengurus emosi mereka dengan lebih baik. Kami mohon lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan bantuan bagi membantu saudara-saudara kita yang memerlukan. Kita jaga kita.”

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

______________________________

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Ikuti update terkini di Telegram rasmi MAPIM Malaysia, klik link dibawah
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button