Semasa

Peningkatan dan penyelenggaraan peralatan modal LRA SSP1 sudah selesai – Air Selangor

KLANG : Pelaksanaan kerja tambah baik aset berharga di Loji Rawatan Air Fasa 1 Sungai Selangor (LRA SSP1) telah selesai pada jam 5 pagi tadi.

Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), mengatakan dalam satu kenyataan bahawa sistem rawatan air di LRA SSP1 telah stabil dan bekalan air mula disalurkan ke sistem pengedaran bekalan air mulai jam 6 pagi.

“Mulai jam 5 petang hari ini, bekalan kepada pengguna akan disediakan secara berperingkat,” katanya.

Namun, dia mengatakan bahawa durasi gangguan dan pemulihan bekalan air di daerah yang terjejas bervariasi bergantung pada lokasi premis pengguna dan tekanan air sistem penyaluran bekalan air.

Elina juga berkata Air Selangor akan menyediakan air secara beterusan sebagai langkah alternatif ke lokasi-lokasi penting seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan Pusat Vaksinasi (PPV), serta untuk upacara pengebumian dengan menggunakan lori tangki.

Orang awam boleh rujuk Air Selangor melalui mana-mana saluran komunikasi rasmi, termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, dan Twitter, atau menghubungi 15300, atau menghantar aduan mereka ke Pusat Bantuan di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button