Semasa

UN Women gesa Taliban hormati hak wanita Afghanistan

NEW YORK : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wanita pada Khamis meminta pihak berkuasa Taliban di Afghanistan untuk menghormati hak wanita.

“Wanita berhak membuat bantahan secara damai dan hidup tanpa kekerasan. Dalam mengambil alih Afghanistan, pihak berkuasa Taliban memikul kewajiban untuk menghormati dan melindungi hak-hak ini,” kata Pegawai UN Women PBB Pramila Patten, dalam satu kenyataan.

“Saya terkejut dan marah melihat gambar wanita di Afghanistan disebat, dipukul dengna kayu renjatan dan tongkat hanya kerana menggunakan hak mereka untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman.

“Saya berpihak kepada semua wanita Afghanistan yang memperjuangkan hak dan kebebasan asasi mereka.

“Sekali lagi saya menyeru kepada Taliban untuk melaksanakan kewajiban mereka dalam memastikan hak wanita dan remaja di Afghanistan, memastikan normalisasi kekerasan dihentikan segera dan memantau dan siasat pelanggaran ini sehingga pelaku dipertanggungjawabkan walau di mana keganasan tersebut berlaku,” katanya.

Tidak ada kredibiliti untuk janji-janji yang dibuat oleh pihak berkuasa Taliban untuk menghormati hak wanita dan gadis sementara pelanggaran terang-terangan seperti itu berlaku tanpa hukuman.

Perlu ada tindakan segera untuk memastikan wanita dapat menikmati sepernuhnya hak mereka secara adil dan selamat untuk melibatkan dalam kehidupan masyarakat dan politik Afghanistan, tambahnya.

-AGENSI

 

 

Related Articles

Back to top button