JERUSALEM: Sekumpulan rejim Israel dikawal ketat oleh polis Israel menceroboh masuk ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis semalam.
Menurut saksi, mereka menceroboh masuk lalu melakukan upacara ritual di halaman Masjid Al-Aqsa.
Wakaf Islam yang dikendalikan Jordan berkata, mereka memecah masuk ke kawasan itu melalui Pintu Maghribi, di mana mereka melakukan solat Talmud dan ritual lain.
Aktivis sayap kanan Israel telah memberi amaran berulang kali kerana kehadiran zionis Israel akan dipertingkatkan di Al-Aqsa, walaupun terdapat perjanjian penjagaan bersama antara Israel dan Jordan yang melarang kemasukan peneroka Yahudi ke tapak suci itu.
Wakaf Islam Baitulmaqdis berkali-kali menyifatkan lawatan rejim laknatullah itu sebagai “provokasi”, juga mengatakan bahawa jemaah dan pengawal Palestin di Al-Aqsa berasa tidak selesa dengan kehadiran polis dan peneroka Israel yang melawat tapak suci umat Islam itu.
Masjid Al-Aqsa terletak di Baitulmaqdis yang dijajah merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam.
Ia juga merupakan kiblat pertama Islam yang menentukan arah mana umat Islam mesti berpaling untuk berdoa, sebelum ditukar ke Mekah, di Arab Saudi.
Dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, Israel menawan Baitulmaqdis Timur, di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa, semasa Perang Enam Hari pada 1967. – AGENSI
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today