PalestinSemasa

Tentera rejim belasah remaja dan kanak-kanak tanpa belas kasihan

RAMALLAH: Rejim israel terus melancarkan serangan terhadap warga Palestin termasuk remaja dan kanak-lanak. Menurut media Al Jazeera dan sumber di lapangan, serangan terjadi di kawasan pengungsian Shuafat di Baitulmaqdis Timur.

Beberapa remaja dan kanak-kanak dilaporkan menjadi korban serangan ini. Mereka mengalami luka-luka dan beberapa di antaranya harus dilarikan ke rumah sakit setempat untuk mendapatkan perawatan medikal.

Times Of Gaza  turut melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun telah ditahan dan dipukul tanpa belas kasihan oleh tentera zionis pada Ahad.

Tiada motif serangan atau sebarang alasan israel di balik serangan ini. Namun, aktivis hak asasi manusia dan kemanusiaan telah mengutuk keras tindakan rejim dan menyeru supaya provokasi terhadap warga Palestin dihentikan, khususnya anak-anak dan remaja.

Sejumlah organisasi kemanusiaan meminta komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan dan mendesak israel untuk menghentikan serangan-serangan tanpa alasan dan menghormati hak asasi manusia warga Palestin.

Penjajah israel malah mendidik anak-anak mereka sejak daripada kecil untuk menyerang kediaman rakyat Palestin dengan membuat kekecohan dan mengeluarkan kata-kata kesat.


Pagi Isnin, penjajahan haram israel dilaporkan turut meroboh sekolah Jubbet Adh Dhib yang dibiayai oleh penderma.

Perbuatan demikian jelas telah melanggar hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan.

Tindakan itu turut mendapat kecaman daripada Kesatuan Eropah (EU).

“Kami terkejut dengan berita bahawa sekolah yang dibiayai EU di Jibb Al Deeb dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel sekarang. 60 kanak-kanak Palestin terjejas,” kata EU dalam satu kenyataan.

EU menggesa pihak berkuasa Israel untuk menghentikan semua perobohan dan pengusiran yang hanya akan memberikan penderitaan kepada masa depan anak-anak Palestin.  

Walaubagaimanapun, keadaan tersebut tidak menjadi penghalang untuk kanak-kanak Palestin hadir ke sekolah dan meneruskan perjuangan menuntut ilmu walau hanya berbumbungkan khemah.

BACA JUGA
Ibu muda Palestin maut ditembak rejim di Nablus

Sekolah Jubbet Adh Dhib adalah salah satu daripada 58 sekolah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sejak awal tahun 2023, israel telah membunuh seramai 108 orang rakyat Palestin termasuk 20 kanak-kanak dan 2 orang wanita.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button