DuniaSemasa

Peneroka haram Yahudi cuba ubah status quo Masjid Al-Aqsa

Masjid itu adalah tapak suci yang menjadi hak tunggal umat Islam

RAMALLAH: Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein berkata pada Ahad bahawa peningkatan pencerobohan para peneroka haram Yahudi ke pekarangan Masjid Al-Aqsa adalah satu percubaan untuk mengubah status quo agama & sejarah tapak suci itu.

Bercakap kepada radio Voice of Palestine, Hussein berkata, masjid itu adalah tapak suci Islam yang menjadi hak tunggal umat Islam.

Beliau menuntut dunia Arab dan Islam untuk campur tangan untuk menghentikan pencerobohan Israel di masjid tersebut.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa pada minggu lalu di bawah perlindungan ketat polis Israel.

Para peneroka itu juga menganjurkan lawatan provokatif di pekarangan masjid tersebut, menurut Jabatan Wakaf Baitulmaqdis.

Pada malam Sabtu, ratusan peneroka melakukan ritual Talmud di kawasan Tembok Al-Buraq.

Kumpulan pelampau baru-baru ini menggesa pencerobohan besar-besaran dilakukan dengan memasuki Masjid Al-Aqsa pada Isnin dan Selasa untuk menyambut Tahun Baru Hebrew.

Pada kebiasaannya, pencerobohan harian berlaku di Masjid Al-Aqsa kecuali pada Jumaat dan Sabtu.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang terus diselubungi derita amat diperlukan.

KLIK KE:
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button