PalestinSemasa

Penduduk Gaza terpaksa guna makanan haiwan akibat krisis kelaparan

Nasib rakyat Palestin di Gaza semakin teruk hari demi hari akibat serangan israel yang semakin dahsyat.

Tanda pagar #GazaStarving menjadi sohor kini di platform media sosial dengan video menunjukkan orang kelaparan yang terpaksa makan makanan haiwan, dan video haiwan memakan mayat manusia yang reput terbaring di jalanan.

Hanya dalam beberapa hari sahaja, hashtag – #GazaStarving – sudah menghampiri 5 juta interaksi di platform X, manakala di platform media sosial lain, termasuk Instagram dan TikTok, hashtag itu juga digunakan secara meluas.

#GazaStarving menyoroti ketakutan yang semakin meningkat terhadap kebuluran di Gaza, apabila laporan yang mula muncul di media sosial menunjukkan rakyat Palestin mengisar makanan haiwan kerana kekurangan gandum dan roti.

Beberapa video menunjukkan rakyat Palestin yang kelaparan memakan makanan haiwan, manakala kucing dan anjing menggigit mayat manusia yang terbaring di jalanan.

Tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel berterusan, sehingga banyak mayat rakyat Palestin yang tidak dapat dikebumikan dan reput di bandar selatan Khan Younis.

Saksi mata berkata beberapa rakyat Palestin kembali ke  Khan Younis mencari mayat orang tersayang, termasuk kanak-kanak dan wanita, telah menjadi sasaran kereta kebal israel. 

Roti yang diperbuat daripada makanan ternakan

Menurut seorang wartawan Anadolu di utara Gaza, makanan haiwan itu dijual di pasar utara Gaza untuk kegunaan manusia karena kekurangan bekalan tepung gandum .

PBB telah memberi amaran bahawa 2.2 juta orang di Gaza menghadapi risiko kebuluran.

Walaupun Israel membenarkan beberapa trak bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, bantuan ini hanya diedarkan terutamanya di kawasan selatan Gaza, manakala kawasan utara Gaza kekal dalam kepungan israel.

Israel membunuh sekurang-kurangnya 25,700 rakyat Palestin dan mencederakan 63,740. Hampir 1,200 warga Israel dipercayai terbunuh dalam serangan Hamas.

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

 

Related Articles

Back to top button