Covid19DuniaSemasa

Masjid, madrasah di India jadi pusat rawatan pesakit COVID-19

Masyarakat Islam bantu sistem kesihatan yang hampir lumpuh

INDIA : Pertambahan kes COVID-19 yang amat mendadak dan tidak terkawal di India membuatkan masyarakat Islam di negara itu rasa terpanggil untuk membantu merawat pesakit COVID19 di negara antara yang mempunyai penduduk teramai di dunia. Beberapa institusi agama Islam seperti masjid dan juga sekolah serta madrasah dijadikan sebagai pusat rawatan COVID-19.

Menurut akhbar theedge,  sehingga semalam 400,000 kes baharu dicatat yang sebelum ini kes jangkitan harian hanya berlegar sekitar 200,000 kes sahaja bermula pada 22 April lalu. Keadaan terkini itu mengakibatkan kekurangan bekalan oksigen, kemudahan katil dan ubat-ubatan di seluruh negara berkenaan.

Di kawasan Mughalwada, Masjid Jahangirpura dijadikan pusat rawatan pesakit COVID-19 yang positif. Kemudahan di madrasah dan musolla digunakan sebagai tanda solidariti warga Muslim India terhadap kes yang semakin meruncing itu.

Namun dalam serba kekacauan dan panik itu, pertubuahn masyarakat Islam di India, menghulur tangan membantu mereka yang dijangkiti pada masa mereka sedang menahan lapar dan dahaga pada bulan Ramadan yang mulia.

Di Barat India di Gujerat pihak pentadbir Madarasah Darul Uloom di bandar Vadordara menyediakan peralatan kesihatan seperti katil dan oksigen. Wad pengasingan juga diwujudkan di kampus madrasah berkenaan.

“Kes semakin tinggi dengan cepat dan perminatan untuk mendapatkan katil sangat besar. Jadi kami putuskan buka kemudahan itu untuk bantu insan yang memerlukan ”, – Mufti Arif Abbas / Pengetua Darul Uloom Vadordara.

Beliau yang dihubungi Agensi Anadolu memberitahu kemudahan itu sudah dimulakan sejak seminggu lalu lagi dan ramai juga orang katanya  telah pun berjaya mendapatkan rawatan di madrasah terbabit.

Sementara itu sebahagian masjid Vadordara ditukar menjdi pust rawatan pesakit COVID-19 .

“ Kami upah beberapa orang doktor untuk merawat pesakit seramai 50 bilangan katil.” –  Irfan Sheikh / Ahli Jawatankuasa Masjid Jahangirpura

Selain menyedakan fasiliti rawatan, masyarakat islam di India juga membantu dari sudut akses mendapatkan bantuan bekalan oksigen dan katil. Satu talian hotline disedikan untuk dihubungi dan ada petugas yang menjadi medium perantara untuk menyalurkan maklumat berhubung kesediaan peralatan dan kelengkapan hospital yang diperlukan.

Jurucakap Pertubuhan Pelajar Islam India, Musab Qazi berkata mereka menuuhkan pasukan khas minggu lalu. Pasukan itu bertugs di sebuah bilik kawalan di New Delhi dan membantu memberikan maklumat sebanyak mana diperlukan untuk mendapatkan katil dan oksigen terutamanya. 30 petugas dalam kalangan pelajar ditugsakan mengambil panggilan selama 24 jam.

“Banyak permintaan terhadap kemudahan bekalan oksigen dan katil. Jadi pasukan khas kami membantu mereka mendapatkan ubat-ubatan seperti Remdesivir. Inilah sumbangan kami daripada panggilan yang diterima dari seluruh negara agar dapat membantu mereka yang memerlukan.” – Jurucakap Pertubuhan Pelajar Islam India, Musab Qazi

Dalam perkembangan berkaitan kerajaan India pada Jumaat lalu mempercepat import ubatan jenis Remdesivir berikutan kehabsians tok. Remdesivir digunakan untuk rawatan jangkitan coronavirus dan permintaannya sangat tinggi ketika ini. 75,000 unit bekalan ubatan itu akan tiba hari ini di India manakala 450, 000 lagi didapatkan dari syarikat farmaseutikal di Amerika Syarikat dan dari Mesir.

Menurut The Edge, bekalan oksigen yang tidak mencukupi telah melumpuhkan sistem kesihatan negara itu.

Semalam (Sabtu 1 Mei)  akhbar tempatan melaporkan di Hospital Batra New Delhi, lapan orang maut termasuk seorang doktor selepas kemudahan oksigen terhenti.

“ Delhi memerlukan 976 tan oksigen dan semalam hanya 312 tong oksigen diterima. Bagaimana Delhi hendak bernyawa dalam  keadaan oksigen berkurangan itu? ”  Persoalan ini di ciap oleh Ketua Menteri  Kejriwal.

Ciapan itu memaksa kerajaan persekutuan untuk mengurus segera bekalan oksigen ke Delhi.

“Dengan situas terkini itu, semua orang harus segera membantu. Madrasah, sekolah dan ruang bankuet boleh ditukar menjadi pusat rawatan dalam waktu krisis ini” Maulana Umer Ahmed Ilyasi / Ketua Imam Pertubuhan Imam Seluruh India

Sehingga Sabtu (1 Mei) kes jangkitan COVid19 India mencecah 20 juta orang, dengan jumlah kematian seramai lebih 200,000 orang. Pakar kesihatan meramalkan kes bakal terus meningkat pada minggu-minggu mendatang.

Related Articles

Back to top button