KerohanianSemasa

Pendakwah pikul amanah agama, boleh cetus fitnah andai tersilap langkah – Idris Ahmad

KUALA LUMPUR : Pendakwah memikul tanggungjawab dan amanah agama dalam memberi pengisian dakwah dan motivasi kepada masyarakat, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman facebook rasminya menegaskan seseorang pendakwah boleh diftnah andainya tersilap langkah.

Menurutnya, adalah amat penting untuk membina semangat ukhuwah dan saling menasihati dalam menjaga diri masing-masing.

“Saya memberi beberapa nasihat kepada pendakwah muda ini. Pertama, sentiasa membina kekuatan ilmu. Jangan berhenti belajar.

“Kedua, sentiasa memantapkan diri dengan pengisian ruhiyyah. Bacaan Al-Quran, zikir Al-Mathurat jangan diabai. Ia sumber kekuatan dalaman.

“Ketiga, sentiasa bersahabat dengan agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) , Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti,” menurut hantaran tersebut.

Kredit foto FB Idris Ahmad

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa kagum dapat beramah mesra dan berdialog dengan para pendakwah muda yang lahir daripada program realiti.

Katanya, banyak idea kreatif yang dikongsikan dalam menggerakkan dakwah kepada masyarakat.

Tambahnya lagi, beliau telah meminta JAKIM untuk mengadakan program khusus bersama pendakwah muda seperti Usrah Bulanan yang boleh menjadi medan tarbiah kepada semua.

Kredit foto FB Idris Ahmad

“Kepada pendakwah muda, teruskan usaha dakwah kalian membimbing ummah.

“Semoga Allah S.W.T merahmati pertemuan kita. Teruskan usaha menjadi mata rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button