KemanusiaanSemasa

Setelah 11 tahun, Aidilfitri barulah bermakna

Tujuh beranak beraya di rumah baharu

KUALA LUMPUR:  Tiada kata yang terucap apabila penantian lebih 11 tahun untuk mendapatkan sebuah rumah akhirnya menjadi kenyataan. Enam bulan berlalu kini keluarga pasangan Abdul Latiff Othman dan Asniza Aziz selesa tinggal di rumah baharu sejak meninggalkan rumah pusaka di Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

Raya tahun ini adalah kali pertama mereka beraya di rumah baharu, selepas dapat menyesuaikan dengan keadaan yang berbeza daripada kehidupan sebelumnya.

Sebagai ketua keluarga, Latif bersyukur kerana dia kena yang sudah kembali bekerja, sebagai pengawal keselamatan lega dapat menabur bakti buat keluarga. Dengan pekerjaan baharunya itu dapatlah dia menampung keluarga.

Anak-anak kata Asniza pastinya yang lebih ceria dengan tempat berteduh baharu keluarga itu. Lagi-lagi menyambut Aidilfitri. Berbeza kata anak-anak bila diajuan persoalan. Menurut mereka jika dahulu, raya seperti tidak bermakna. Keadaan rumah dulu menjadikan mereka tidak bersedia menerima tetamu, namun kini mereka membuat persiapan ala kadar untuk menerima tetamu.  Keterujaan mereka bagaimanapun tidaklah sehingga mereka tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Seronoklah dah raya, lebih selesa bagi kami. Dulu tidak mahu ke rumah orang dan tidak mahu beraya. Kali ini selesalah sedikit” – Nurul Ashikin Latif

Pastinya orang yang sangat gembira ialah ibu keluarga ini. Aniza yang ditemui merasa sungguh puas kesabarannya menanti sebuah teratak untuk seisi keluarga tercapai. Biar pun tidak sebesar rumah orang lain, di sinilah keluarga ini mencipta kenangan baharu mereka sebagai penduduk warga kota. Dia pun kini membuat berniaga kecil-kecilan menumpang di kedai milik jiran di halaman PPRT Desa Rejang.

Kisahnya bermula sejak tahun lalu lagi. Sebaik tamat perintah Perintah Kawalan Pergerakan PKP1.0, keluarga ini dikunjungi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM.  Pada mulanya tinjauan dilakukan ke atas keluarga ini yang diketuai oleh Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Zulhanis Zainol.  Sukarelawan meninjau apa bentuk bantuan kepada keluarga ini yang ketika itu, ketua keluarganya baru ditamatkan kontrak sebagai anggota RELA.

Kemudian kunjungan susulan untuk melakukan perpindahan mereka ke rumah yang lebih selesa untuk diduduki. Selepas beberapa proses dan bantuan daripada seorang yang berpengaruh di kawasan berkenaan, pihak MAPIM dan pihak satu lagi melanjutkan permohonan ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL.

Setelah sebulan akhirnya pada awal Disember tahun lalu, mereka sekeluarga meninggalkan segala kenangan, segala keperitan dari rumah ini. Sukarelawan MAPIM datang membantu mengangkat beberapa peralatan. Rezeki mencurah-curah buat keluarga ini apabila kelengkapan dan beberapa perabot lain juga diterima atas ihsan penginfaq.

Tinggallah teratak di belakang rumah, bekas yang terpahat dalam ingatan keluarga ini, terutama ketika hujan. Air hujan yang menitik dan menenggelamkan lantai tidur rumah mereka ke paras bulu lali. Igauan itu kini tiada lagi.

Mengakhiri temubual Asniza mengucapkan terima kasih kepada MAPIM dan semua pihak, yang membantu beliau dari awal perpindahan dari rumah kayu agam seolah tidak bertuan ke teratak yang kini didiami. Gembira namun sebak, Asniza seolah ingin menyatakan apa terpendam di dalam hati.

“Yalah kan, kita tunggu lama untuk dapatkan rumah. Bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak, kesian mereka. Ini dah ada rumah, selesa dan terima kasihlah kepada MAPIM dan semua yang membantu saya dan keluarga” – Asniza

Semoga semua insan yang membantu keluarga ini diberikan ganjaran daripada Allah SWT.

Akhiri  Bella – “Terima kasih dan Selamat Hari Raya !”

*MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:

ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button