Penceramah wajib mendapatkan tauliah mengajar – Raja Perlis

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah pada Selasa mengingatkan kepada semua pihak, agar sentiasa mematuhi dengan taat dan ikhlas segala dasar serta peraturan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta agensi-agensi Agama Islam Negeri seperti Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).
“Kewajipan Penceramah Agama Islam untuk mendapatkan tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam selaras dengan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis (EPAI) 2006. Kegagalan mematuhi perkara ini tertakluk kepada Sesyen 119 EPAI berkaitan Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah dan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991,” titah baginda.
Pihak berkuasa agama Islam negeri Perlis perlu memantau dan memastikan setiap penceramah di negeri ini mendapatkan tauliah daripada JMNPs.
Tambah baginda, sekiranya berlaku sebarang pelanggaran, siasatan dan tindakan undang undang perlu diambil terhadap penganjur serta penceramah bagi mengelakkan kesalahan tersebut berulang lagi.
“Besarlah harapan Beta agar segala yang dizahirkan dalam titah inidiberikan perhatian dan ditaati oleh seluruh rakyat yang Beta kasihi.”
“Adalah Beta tegaskan bahawa perkara-perkara ini juga perlu dilaksanakan oleh semua pihak sama ada agensi kerajaan negeri atau persekutuan, badan swasta dan orang perseorangan,” titah baginda lagi.
Penceramah wajib mendapatkan tauliah mengajar – titah Raja Perlishttps://t.co/HyCpPYNtJy pic.twitter.com/KJAW0QCLZY
— Adli Effendy (@adlieffendy) March 21, 2023
TONTON JUGA
Gempa di Syria: Rakyat menyelamat mangsa dalam serba kekurangan