DomestikSemasa

Pencemaran bau di Sungai Semenyih menggusarkan 463 penduduk kawasan Lembah Klang

Penduduk sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih oleh kerana pencemaran bau diesel yang telah dikesan di Sungai Semenyih.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor sedang bekerjasama bagi mengenal pasti apakah punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar Sungai Semenyih.

Berikutan henti tugas LRA Sungai Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan),
Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Penduduk di kawasan yang terkesan juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi aplikasi Air Selangor.

Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada penduduk yang terlibat.

Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke setiap kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal.

Pihak daripada Air Selangor amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa kes Covid-19 yang meningkat.

Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi mengurangkan gangguan kepada para penduduk yang terjejas.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button