Covid19DuniaSemasa

Pencarian ‘Patient Su’, pesakit pertama covid-19

Pesakit yang dirahsiakan oleh kerajaan China

WUHAN : Pengkaji sedang mencari wanita China yang dipercayai sebagai pesakit pertama Covid-19. Wanita itu diberi gelaran ‘Patient Su’. Maklumat yang diketahui setakat ini, beliau tinggal sekitar lima kilometer dari Institut Virologi Wuhan yang dipercayai asal virus itu merebak.

Menurut Gille Demaneuf, pengkaji dari pasukan DRASTIC yang menyiasat asal-usul virus corona, ‘Patient Su’ menunjukkan gejala yang mirip Covid-19 dan kemudiaannya dihantar ke Hospital Rongjun di Wuhan pada September 2019.

Gille Demaneuf juga memaklumkan mereka sudah mendapat nama, usia, dan alamat pesakit bernombor 0 itu. Menurut rekod Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), kes pertama covid-19 adalah pada 8 Disember 2019.

Kisah ‘Patient Su’ bocor secara tidak sengaja apabila gambar pesakit itu dikirimkan ke jurnal perubatan China. Profesor Yu Chuanhua, pakar biostatistika di Universitas Wuhan, turut mengakui ada tiga kes corona sebelum Desember 2019.

Pencarian pesakit pertama terjangkit covid-19 ini sangat penting bagi mengetahui asal-usul virus dan bagaimana mahu menghalangnya pada masa hadapan. Ini kerana kerajaan China sangat berahsia dan dituduh memanipulasikan statistik semasa virus merebak.

Sehingga setakat ini covid-19 sudah menjangkiti 170 juta penduduk dunia, dan mengakibatkan 3.54 juta kematian.

Related Articles

Back to top button