Pulau Perhentian : Pemandu bot pelancong atau dikenali sebagai ‘teksi air’ adalah antara pekerjaan yang memberi pendapatan lumayan kepada penduduk di Pulau Perhentian.
Namun semenjak pandemik covid-19 melanda, khidmat mereka sudah tidak diperlukan akibat kemasukan pelancong yang disekat. Akibatnya bot-bot pelancong banyak yang tersadai di tepi pantai.
Hanya sesekali penduduk dari Pulau Perhentian akan ke tanah besar untuk sesuatu urusan dan begitu juga sebaliknya.
Itulah kenyataan perit yang perlu dihadapi oleh Suhiazat bin Abdullah yang ditemui oleh MAPIM Malaysia di pangkalan bot ketika membantu memungggah barang bantuan dari kapal naik ke jeti. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai ‘boatman’.
Dahulu beliau akan sibuk dari bulan Mac sehingga Oktober, kerana kemasukan pelancong yang ramai pada waktu tersebut. Kemudiannya beliau akan berehat kerana perubahan angin monsun yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora.
Kini sudah hampir dua tahun dan menurutnya, “Duit simpanan pun dah habis. Sekarang saya cuma jaga kebun durian.”
Untuk Suhaizat dia sedikit beruntung kerana masih ada kebun yang boleh dikerjakan. Tambahnya lagi, “Sekarang semua sudah balik ke asal. Ada yang jadi nelayan, jadi pekebun, dan semua itu pendapatan tidak menentu.”
Apabila ditanya pendapatnya tentang kedatangan MAPIM Malaysia ke Pulau Perhentian bagi memberikan sumbangan, jawabnya, “Memang sangat bagus dan kami sangat berterima kasih, sebab di pulau ini penduduknya memang terkesan. Sebab dahulu kami harapkan pelancong sahaja, sekarang semua sudah tak ada.”
Mengulas lanjut tentang perkara ini, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia yang turut serta dalam Misi Panggilan Pulau, berkata,
Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia
“Kita sedar apa masalah yang penduduk di sini hadapi. Namun kami juga faham, kami ini hanya agensi yang kerdil. Kami tidak berkata kedatangan kami dapat menyelesaikan masalah mereka, tetapi kami datang untuk meringankan beban mereka dengan sumbangan ini. Semoga itu membantu mereka untuk berfikir lebih jernih dalam meneruskan hidup.”
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
HOTLINE MAPIM MALAYSIA jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038