MEKAH : Selepas 73 hari di jalan raya, seorang pelarian Syria meninggal dunia selepas tiba di Mekah dari Jerman dengan basikalnya.
Perjalanannya dari Jerman berniat untuk melawat Mekah dan apabila sampai ke tempat yang dikehendakinya dia meninggal dunia di pinggir Mekah.
Ghazi Jassem Shahada, warga Syria berusia 53 tahun, dari Homs berhijrah ke Hamburg, Jerman, telah mempersiapkan diri bagi perjalanan panjang yang mengambil masa dua setengah bulan.
Dia mendokumentasikan kisahnya dalam perjalanan di media sosial.