DuniaSemasa

Lebih 4 juta jemaah mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan ini

RIYADH : Dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan suci Ramadan ini, dilaporkan bahawa lebih empat juta umat Islam telah mengerjakan ibadah umrah.

Menurut laporan Saudi Gazette, Timbalan Ketua di Presidensi Jeneral Hal Ehwal Dua Buah Masjid Suci Untuk Pengurusan Jemaah, Osama Mansour, sejumlah 4.2 juta jemaah dibenarkan menunaikan umrah sejak permulaan Ramadan sehingga hari yang ke-20.

Beliau berkata, bagi memberikan perkhidmatna kepada para jemaah umrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini, beberapa agensi yang berwibawa telah mengoptimumkan kapasiti operasi masing-masing.

Osama merujuk tentang perkhidmatan bersepadu yang disediakan untuk jemaah haji dan jemaah di Masjidil Haram, Mekah.

Dalam pada itu, baru-baru ini pihak berkuasa Arab Saudi telah memberi kelonggaran sekatan Covid-19 bagi tujuan menunaikan umrah dalam bulan Ramadan.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menarik balik beberapa langkah berjaga-jaga termasuk membatalkan permit untuk bersolat di Masjidil Haram dan melawat Masjid Nabawi di Madinah.

Ia juga menyatakan bahawa pemeriksaan data imunisasi untuk memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah dibatalkan.

Selain itu, kementerian itu telah membatalkan pendaftaran data imunisasi yang pernah diwajibkan ke atas umat Islam dari luar negara untuk mendapatkan permit umrah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button