DuniaSemasa

Pelarian Rohinya saman Facebook

LOS ANGELES : Pelarian Rohingya saman syarikat media sosial terbesar, Facebook berhubung kegagalan syarikat itu mengawal sentimen kebencian terhadap etnik tersebut.

Sejumlah AS$150 bilion (RM635 bilion) saman dikemukakan di mahkamah Los Angeles ekoran tindakan Facebook mempromosikan maklumat palsu dan pemikiran ekstremis terhadap komuniti Rohingya.

Etnik Rohingya berdepan dengan pelbagai diskriminasi termasuk di Myanmar biarpun bertahun lamanya mereka menetap di situ.

Justeru, tindakan yang tidak berperkemanusiaan oleh syarikat rangkaian terbesar itu mengundang lebih banyak kebencian sehingga membawa kemusnahan terhadap hidup etnik beragama Islam itu.

Pada tahun 2017, ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh susulan pembunuhan besar-besaran dibuat oleh tentera Myanmar terhadap perkampungan komuniti tersebut.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button